Assalamualaikum w.b.t
Pada tarikh yang indah ini iaitu 20/12/2012, saya nak merasmikan blog saya iaitu
www.Tarbiahillahi.com ini.
Blog ini saya wujudkan bagi melakar coretan travelog tarbiah kehidupan saya serta memperingati diri saya dan sahabat-sahabat yang tercinta tentang dakwah islamiah iaitu terbahagi kepada pelbagai aspek, antaranya akidah, akhlak & fekah.
Selain itu juga, saya selitkan sekali perkongsian doa-doa harian, koleksi hadithx2 yang sahih, kafiyat Al-Quran serta pengukuhan bahasa Al-Quran iaitu bahasa Arab melalui dua aspek "Learning & Vocab Arabic".
Hal ini, disamping saya menuntut kelulusan ijazah sarjana muda pendidikan bahasa arab selama 4 tahun ini, saya hendak berkongsi kepada sahabat tentang keindahan bahasa arab.
Insyallah, jika tiada halang, saya akan update setiap hari blog saya yang tak berapa indah tetapi cukup untuk menjadi perkongsiaan bersama.
Ini sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w, maksudnya:
"Sampaikan daripadaku (meskipun satu ayat)".
Mereka yang mempunyai ilmu keagamaan wajib menyampaikan, tidak boleh disembunyikan walaupun satu ayat. Ini seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu itu lalu disembunyikan akan dia, nescaya Allah akan mengalungkan kepadanya di hari akhirat dengan kalungan dari neraka".
Diharap sahabatx2 semua dapat memberi teguran dan nasihat sepanjang penulisan saya di blog ini.Ingatlah "Jihad kita berbeza!" Sesungguhnya "Tarbiyah melahirkan Pemimpin Dakwah melahirkan Masyrakat".
www.Tarbiahillahi.com ini.
Insyallah, jika tiada halang, saya akan update setiap hari blog saya yang tak berapa indah tetapi cukup untuk menjadi perkongsiaan bersama.


No comments:
Post a Comment